Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan dan Temuduga penolong Penguasa Penjara KX27
Assalamualaikum Stompers..Haha dah lama giler aku xupdate blog nie.Entah berapa tahun rasanye.Hari nie 2 Nov 2018 bersamaan 24 safar 1440 hijrah tergerak pUlaK hati Nie nak Update Blog Berkaitan Dengan Temuduga PenjAra nie.Huhu Mana Tak nye Dulu penah Dapat inTerview Penjara Nie Jawatan Penolong Penguasa Penjara KX27 (Skrg KX 29) pada 2014..Tapi Kita Hanya mampu Merancang tapi Tuhan yang Menentukan..Dah sampai Stage Interview But unfortunately bLom ade rezeki lagi untuk bekerja sebagai pegawai Penjara.Tapi Alhamdulillah Mungkin Xdpat Keje pada mase Tu tp Tuhan bagi rezeki Untuk sambung Belajar.Alhamdulillah Baru je graduate Pada 15/10/2018.Indahnya Perancangan Tuhan.So Habis je belajar Ni nak trY lagi sekali untuk Apply jawatan sebagai Pegawai Penjara mana tahu Ade rezeki untuk kali ini.Doakan saya Ye kawan2.OkOK...Kita fokus Pada Tajuk diatas.Seandaiya Korang Ade Rezeki dapat Interview Penjara.KAt sini Aku sediaKan Tips dan Informasi berkenaan Dgn Persedian Untuk Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan/ Temuduga Timbalan Penguasa Penjara.
Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan
dalam gambar diatas Tu korang bole Practice untuk ujIan kecergasan tersebut..selalu nye Maklumat untuk panggilan ujian kecergasan ni dapat 2minggu sebelum Tarikh ujian berlangsung.So korang bole practice kaw2 untuk preparation ujian tersebut.Mase Aku interview Penjara pada tahun 2014 tu.Aku pon practice dlm mase 2minggu je wei.Dengan Stamina Pon tah kemana Mase tu,Tapi alhamdulillah Ujian fiziKal dan kecergasan aKu lepas mase tu.Untuk akan datang nie tak tahu lah macam mana huhu.Nie pon tengah Practice Untuk Gain kan balik stamina dan jaga Bmi.Huhu aku buat nie bkn kerana nak Ujian kecergasan je tapi Untuk kesihatan dimasa hadapan jugak.So korang bole Biasakan dgn kaedah ujian yg diaowang akn buat tu.follow je list tersebut.Insya Allah korang Pasti BOLEH!!!
So seaNdainya korang lepas Ujian Kecergasan dan fizikal.KorANG aKN HADAPI Dua lagi halang iaitu Ujian (exam) online dan Juga Interview.
Ujian (Exam Online)
haha untuk ujian Online Nie aku xda pengalaman disebabKn Pada Tahun 2014 tu,Ujian Online penjara Nie DIbatalkan.Mula2 ditunda tarikh nye last2 dapat Tahu dibatalkn Trus kO..ehheehe so xdapat Nk kongsi Information Tentang Ujian Online nie.Aku dengar kebanyakan soalan nye byk pasal pengetahuan Am.So kne cari sendiri lah ye..Tanya2 kwn2 yg dh pnah exam online nie..Kalau kowg ade info share2 lah ye.In sya Allah kite tolong orang,tuhan akan Permudahkan keje kita.
Temuduga Timbalan Penguasa Penjara (Sekarang KA 41)
So Ni adAlaH last stage Untuk Jawatan ini.So pada pengalaman aku interview pada tahun 2014, Korang kena standby kan semua dokumen yg diminta dlm satu Binding ring. Pastikan semua jgn miss satu pon dukumen tersebut.Sebab Kalu miss mmg GG lah ( yang Main dota Tahu Maksud nie) hahaha... Pastikan korang pakai kemas2 dan masuk dalam Bilik interview tu Jgn senyum2 sgt..Just buat Mcm biaSa dan Sopan je.Sebab Klau nk jdi pegawai penjara Nie perwatakan serius Amat penting sbb Nk handle banduan Kn..Salah satu sbb gak itu nk bg first impression gak kt org yg nk Interview kite tu..Ade dua Orang Yg akan Interview kita satu dri SPA dan Satu lagi Jabatan Penjara Malaysia.So kat bawah nie aku post kn contoh2 Soalan yg dyeowg akan tanya pada korang..Bnda nie aku amik jgk Dri blog2 Sblm nie dan juga POsting2 dlm google dan Aku combine kn bg senang Kowang Nk Refer..SO ini contoh SoalaN nya.
Contoh Soalan Temuduga Jabatan Penjara
1. Perkenalkan diri dan latar belakang anda.
2. Ada tak ahli keluarga anda yang bekerja di Jabatan
Penjara Malaysia?
3. Di mana anda belajar sebelum ini?
4. Mengapa anda nak mohon jawatan Penguasa Penjara sedangkan
ada banyak lagi jawatan pegawai yang lain?
5. Kenapa tak nak teruskan kerja di tempat sekarang?
6. Sebelum ke mari, apa persediaan yang anda lakukan?
7. Apa tugas Penguasa Penjara yang anda tahu?
8. Terangkan fungsi Sistem Parol yang anda faham.
9. Apa sikap yang ada dalam diri anda untuk memegang jawatan
Penguasa Penjara?
10. Apa kemahiran yang anda miliki untuk menjaga dan
mengajar tahanan di penjara?
11. Berikan nama Ketua Pengarah Penjara, Timbalan Pengara
Penjara, Ketua Menteri Kementerian Dalam Negeri yang anda tahu.
12. Apa pandangan anda tentang isu keganasan yang berlaku
baru-baru ini?
13. Boleh anda terangkan rukun solat dan bacaan doa yang
biasa dibaca selepas solat? Sekurang-kurangnya anda boleh bantu banduan di sini
belajar mengenai agama islam.
14. Terangkan misi dan visi Jabatan Penjara Malaysia yang
anda tahu.
15. Apakah maksud Penjara Sejahtera dan terangkan Akta
Penjara yang anda tahu?
16. Bagaimanakah pengelasan banduan dilakukan?
17. Bagaimanakan tahanan asing boleh ditempatkan di penjara?
18. Apakah sumbangan yang akan anda beri jika terpilih?
19. Sebutkan undang2 yang perlu pegawai penjara tahu dan
huraikan salah satu undang2 tersebut.
20. Selain Jabatan Penjara, agensi apa lagi di bawah naungan
kementerian tu?
21. Jabatan Penjara kementerian mana yang tadbir?
22.Apakah tugas Jabatan Penjara?
23.Sebutkan motto Jabatan Penjara dan apakah warna rasmi
bagi Jabatan Penjara?
24.Apakah objektif penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak?
25.Apa yang anda tahu tentang Program Mesej Dari Penjara
yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara?
26.Tujuan Sekolah Henry Gurney diwujudkan di Malaysia?
27.Apa yang anda tahu tentang hukuman seumur hidup?
Dan Kat bawAh nie Aku sediAkn jUgak Soalan Siap Sekali Dgn Jwapan Bagi MemUdahkan KOwang Nak HAfal dan Study..
1.Apa tugas
Penguasa Penjara yang anda tahu?
Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin
dalam menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan, melaksanakan prosedur
penahanan dan pelaksanaan hukuman, merealisasikan program-program pemulihan serta
memberikan layanan yang adil terhadap penghuni berdasarkan kepada undang-undang
dan peraturan yang telah diperuntukkan.
2.Terangkan fungsi
Sistem Parol yang anda faham.
Melalui sistem parol yang telah diluluskan di Parlimen
Malaysia bermula tahun 2008, banduan insaf yang layak dipilih, berpeluang
menjalani separuh daripada baki hukuman penuh pemenjaraan di luar penjara
(pembebasan awal) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka tidak lagi
bergelar banduan tetapi dinamakan Orang DiParol atau singkatannya ODP dibawah
Perintah Parol Malaysia.
3.Berikan nama
Ketua Pengarah Penjara, Timbalan Pengara Penjara, Ketua Menteri Kementerian
Dalam Negeri yang anda tahu.
KPJ -Dato'
Sri Hj. Zulkifli bin Omar
TKPJ
(KOREKSIONAL) - Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan
TKPJ
(PENGURUSAN) - Dato’ Jamaludin Bin Saad
KDN - Tan
Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
TKDN - Datuk
Mohd Azis Bin Jamman
4.Boleh anda
terangkan rukun solat dan bacaan doa yang biasa dibaca selepas solat?
1. Berdiri
Betul
2. Niat
3.
Takbiratul Ihram
4. Membaca
Al-Fatihah
5. Rukuk
dengan Thumakninah
6. Iktidal
dengan Thumakninah
7. Sujud Dua
Kali dengan Thumakninah
8. Duduk
Antaran dua sujud dengan Thumakninah
9. Duduk
Bagi Tahaiyat akhir
10. Membaca
Tahaiyat Akhir
11. Membaca
salawat
12. Memberi
Salam
13. Tertib
5.Terangkan misi
dan visi Jabatan Penjara Malaysia yang anda tahu.
Visi
Peneraju
Perkhidmatan Korektif
Misi
Membentuk
Insan Produktif Melalui Pemulihan Efektif, Persekitaran Kondusif dan
Pengintegrasian Strategik
OBJEKTIF
PENAHANAN : Memastikan
banduan/penghuni/tahanan menjalani penahanan yang sah sehingga dibebaskan
KESELAMATAN : Memastikan kawalan dan
persekitaran yang selamat dan terjamin
LAYANAN : Memastikan setiap
banduan/penghuni/tahanan diberi layanan berdasarkan undang-undang dan peraturan
PEMULIHAN : Memastikan program
pemulihan yang bersesuaian serta efektif ke atas semua kategori
banduan/penghuni/tahanan
PEMASYARAKATAN : Memastikan Program
Pemasyarakatan (Social Reintegration) ke atas banduan/penghuni/tahanan
dilaksanakan dengan berkesan
FUNGSI
1.Melaksanakan
perintah penahanan oleh mahkamah atau pihak berkuasa ke atas penghuni sehingga
penghuni dibebaskan.
2.Memberi
kawalan ke atas penghuni semasa mereka menjalani hukuman atau penahanan serta
layanan yang berperikemanusiaan.
3.Melaksanakan
program pemulihan ke atas penghuni melalui pelbagai pendekatan.
6.Apakah maksud
Penjara Sejahtera dan terangkan Akta Penjara yang anda tahu
Dalam konsep
kepenjaraan masa kini, penjara merupakan tempat di mana banduan akan ditahan,
dikawal dan menjalani pelbagai aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh mereka
dibebaskan.
Konsep
Penjara Sejahtera merangkumi 3 aspek utama iaitu KESELAMATAN, PEMULIHAN
dan PENGURUSAN.
1.Akta Penjara 1995.
Akta ini
adalah pindaan pada Ordinan Penjara 1952 dan mula berkuatkuasa pada 18 Januari
1996. Dikenali juga sebagai Akta 537. Merupakan satu akta untuk menyatu dan
meminda undang-undang berhubung dengan penjara, banduan dan perkara-perkara
yang berkaitan.
2.Akta Penjara (Pindaan) 2008.
Akta ini
adalah pindaan pada Akta Penjara 1955 dan mula berkuatkuasa pada 30 Jun 2008.
Dikenali juga sebagai Akta A1332. Merupakan satu akta untuk menyatu dan meminda
undang-undang berhubung dengan penjara, banduan, parol dan perkara-perkara yang
berkaitan.
3.Peraturan Penjara 2000.
Peraturan
ini merupakan pindaan pada Peraturan Penjara 1953 dan mula berkuatkuasa pada
tahun 1 September 2000. Merupakan penjelasan pada prinsip-prinsip am
pentadbiran penjara dan pemakaian peraturan-peraturan.
4.Akta Kanak-Kanak 2001.
Mula
berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002 menggantikan Akta Mahkamah Juvana 1947 (Semakan
1972). Bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dan kepentingannya.
5.Kaedah-Kaedah Sekolah Henry Gurney 1949.
Diperbuat di
bawah Ordinan Mahkamah Juvana 1947. Bertujuan untuk menyelaras
peraturan-peraturan berkaitan pengurusan dan layanan di sekolah Henry Gurney.
7.PENJARA HENRY
GURNEY
Sekolah
Henry Gurney adalah institusi pemulihan yang di kelolakan oleh Jabatan Penjara
Malaysia bagi menahan pesalah-pesalah juvana yang berumur 14 hingga 21 tahun.
Pada masa
kini, terdapat hanya lima buah Sekolah Henry Gurney (SHG) iaitu,
i) SHG Telok Mas, Melaka
ii) SHG Kota Kinabalu, Sabah
iii) SHG Keningau, Sabah
iv) SHG Puncak Borneo, Sarawak, dan
v) SHG Wanita, Batu Gajah, Perak
8.Sebutkan undang2
yang perlu pegawai penjara tahu dan huraikan salah satu undang2 tersebut.
1.Peraturan
Penjara 2000.
Peraturan
ini merupakan pindaan pada Peraturan Penjara 1953 dan mula berkuatkuasa pada
tahun 1 September 2000. Merupakan penjelasan pada prinsip-prinsip am
pentadbiran penjara dan pemakaian peraturan-peraturan.
2.Akta
Kanak-Kanak 2001.
Mula
berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002 menggantikan Akta Mahkamah Juvana 1947 (Semakan
1972). Bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dan kepentingannya.
9. Jabatan Penjara
kementerian mana yang tadbir?
Kementerian
Dalam Negeri Malaysia
10.Selain Jabatan
Penjara, agensi apa lagi di bawah naungan kementerian Dalam negeri?
Polis Diraja
Malaysia (PDRM)
Jabatan
Penjara Malaysia
Jabatan
Imigresen Malaysia
Agensi
Antidadah Kebangsaan (AADK)
Jabatan
Pendaftaran Negara Malaysia (JPN)
Jabatan
Sukarelawan Malaysia (RELA)
Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
Agensi
Kawalan Sempadan (AKSEM)
Institut
Keselamatan Awam (IPSOM)
Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)
11.Bagaimanakah
pengelasan banduan dilakukan?
BANDUAN REMAN
Banduan yang
ditahan di penjara menunggu perbicaraan di Mahkamah
BANDUAN SABITAN
Banduan yang
telah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
BANDUAN HUKUMAN LAMA
Banduan yang
menjalani hukuman penjara bagi suatu tempoh melebihi enam bulan.
BANDUAN HUKUMAN SINGKAT
Banduan yang
menjalani suatu tempoh hukuman penjara kurang daripada enam bulan.
BANDUAN PERTAMA KALI
Ertinya
seseorang banduan sabitan yang pertama kali dimasukkan ke dalam penjara.
BANDUAN BERULANG KALI
Terdiri
daripada banduan sabitan yang telah berulang kali masuk penjara.
BANDUAN MUDA
Terdiri
daripada banduan sabitan dan reman yang berumur kurang daripada 21 tahun.
BANDUAN DADAH
Terdiri daripada
banduan yang telah disabitkan dengan kesalahan berkaitan kes dadah.
PENGHUNI (KANAK-KANAK/JUVANA)
Terdiri
daripada mereka yang berumur antara 14 hingga bawah 18 tahun yang telah
didapati bersalah oleh Mahkamah Kanak-Kanak dan mereka ini ditahan di Sekolah
Henry Gurney.
ORANG TAHANAN (OT)
Terdiri
daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh Menteri Dalam
Negeri atau Lembaga Pencegahan Jenayah atau Lembaga Pencegahan Keganasan.
BANDUAN AKHIR (BA)
Banduan yang
dijatuhi hukuman mati.
BANDUAN SEUMUR HAYAT
Banduan yang
menjalani hukuman sepanjang hayat dan tiada tarikh bebas kecuali mereka
mendapat pengampunan atau peringanan hukuman dari Yang di Pertuan Agong atau
Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.
BANDUAN SEUMUR HIDUP
Banduan yang
dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atau 30 tahun.
12.Sebutkan motto
Jabatan Penjara dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Penjara?
MESRA, IKHLAS DAN BERBAKTI
Kami di
Jabatan Penjara Malaysia menjalankan tugas menegakkan sistem keadilan jenayah
negara dan memikul amanah rakyat memulihkan pesalah-pesalah dengan penuh
tanggungjawab, berbakti kepada bangsa dan negara.
WARNA HIJAU
Warna
korporat jabatan yang melambangkan matlamat jabatan untuk melahirkan kembali
warga yang telah runtuh akhlak kepada seorang insan yang produktif dan kembali
ke pangkuan masyarakat sebagai rakyat yang berguna seterusnya menunaikan
tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.
LAKARAN BENTUK HATI DAN TANGAN
Melambangkan
komitmen masyarakat dalam menerima kembali bekas-bekas banduan ke dalam
institusi masyarakat tanpa sebarang prasangka yang menjejaskan program
pemulihan jabatan.
Ø
Bintang pecah 14 dan Kerajaan Persekutuan,
manakala, bintang menandakan 13 buah negeri bersama- sama anak bulan menandakan
agama Islam - Agama Rasmi Malaysia.
Ø
Kunci Bersilang melambangkan kuasa dan
tanggungjawab yang diamanahkan oleh Jabatan untuk mengendalikan tugas-tugas.
Ø
Bunga Padi melambangkan perpaduan dan kerjasama
yang erat di semua peringkat kakitangan yang berbilang bangsa.
Ø
Latar belakang warna hijau melambangkan warna
rasmi Jabatan Penjara dan taat setia kepada Ketua
13.Apakah objektif dan
tujuan penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak?
Menahan
tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Kami
berjanji untuk menyediakan tempat kurungan yang selamat dan layanan yang
berperikemanusiaan kepada tahanan berlandaskan peruntukan undang-undang. Kami
juga berjanji :-
Ø
Mempastikan tahanan menerima program pemulihan
yang bersesuaian
Ø
Menjamin semua aduan/rayuan tahanan mendapat
pertimbangan yang bersesuaian
Ø
Menyediakan panduan yang lengkap dan mudah
difahami bagi tujuan perjumpaan keluarga dengan tahanan
Ø
\Menyediakan tempat menunggu dan tempat
perjumpaan yang selamat dan selesa
14.Apa yang anda tahu
tentang Program Mesej Dari Penjara yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara?
satu
aktiviti pendidikan dan pencegahan jenayah yang menawarkan pakej pameran dan
ceramah daripada penghuni yang telah dipilih untuk menyertai program ini bagi
menceritakan ranjau kehidupan serta pengalaman hidup yang dilalui sehingga
membawa diri mereka terkurung di penjara sebagai pengajaran dan teladan
15.Apa yang anda
tahu tentang hukuman seumur hidup?
Banduan yang
dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atau 30 tahun.
OKay sampai sini Jelah Informasi yang Aku mampu Kongsi kan Pada Semua.Hope benda Nie dapat lah bantu sedikit sebanyaK pada Korang seandainya dapat interview Penjara nie.AKu pon tengah Tunggu jugak pangGilan interview penjara nie kalau ada rezeki.Harap perkongsian nie memberi manfaat pada korang yang ingin bekerjaya sebagai pegawai Penjara ini.Tugas Pegawai penjara nie MUrni wei.Ok end off story.Harap korang doakn aku ye supaya dapat kerja sebagai pegawai penjara nie.Aku pon niat nk tlg2 gak kwn2 yg dpt interview penjara nie sbb reZeki masing2 semua Allah dah tentukan.So berdoa dan bertawakal jela..Doakn Nama Aku dipanggil untuk Panggilan Akan datang NIe..Mana Tahu ade rezeki Kite bejumpa..Bole Jadi Member2 Klau dapat rekrut nTi ahhaaha..So Sekian. Assalamualaikum.. Selamat Beramal Hehehe.
HAha Zaman KAnak2 Pon Aku dah Join Kadet penjara Nie..Tahun 2008
Picture Posing2 Mase tengah Training Kawad Kaki wakil Sekolah Diperingkat Daerah Kluang
Cmner.. dapat tak?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBang kalau rabun boleh lepas ujian fizikal tak?
ReplyDelete